Search blog.co.uk

  • MADAH & DOA

    'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
    KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
    KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

    Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
    Jika diri tak seindah SULAIMAN,
    Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
    Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
    Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
    Jika tak sekuat SARAH,
    Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
    Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

    Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
    Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

    "Wahai Tuhan, ku tak layak kesyurgaMu
    Namun tak pula aku sanggup kenerakaMu
    kami lah hamba yang mengharap belas darimu"

    "Ya Allah jadikan lah kami hamba2Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
    ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
    dunia"

    AMIN

  • HELAH..Juz for fun..!

    Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

    Antara alasan yang diberikannya:

    Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

    Isteri : Kenapa pula?

    Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
    isteri (is three). Baru betul dan sah!.

    Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

    Suami : Berkenaan apa tu?

    Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

    Suami : Contohnya?

    Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

    Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

    Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

    Suami : Macam mana pula boleh sama?

    Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

    Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi ….

  • Ermmm....

    Al kisah bermuler di sebuah kampung, seorang atok tuer sedang asyik membasuh pakaian luar dan dalam nyer di tepi sunggai sambil mendendangkan lagu renjis-renjis dipilis. Tiber-tiber, datang seekor bangau yang tercedere kepaknyer meminum air sungai terbabit.

    Kasihankan bangau nyer pasal, orang tuer tu mengambil keputusan tuk merawat luker bangau tu sampai sembuh.....di pendekkan citer, sembuh la bangau tu dan dier berjanji akan membalas budi orang tuer tu tadi serter menjempot orang tuer tu ke perumahan kos rendah yang didiami beliau.

    Maker, orang tuer tu pon pegi la ke rumah tempat penginapan si bangau. lantas si bangau pon mengarah pembantu-pembantunya mengeluarkan duer kotak hadiah. satu kotak kecik, satu lagi kotak besor. si tuer disuruh memilih kotak tersebut dan dier mencapai kotak yang kecil. si bangau lalu berkata:

    "Sesungguhnyer ko memang baik hati orang tuer. Ko membantu aku dengan ikhlas dan jujur. sebenornyer, kotak besor tu dah aku isikan dengan sos lader hitam jer.so, terime lar hadiah pemberian ku yang tak seberaper ni"

    Kater si bangau merendah diri. Si tuer terus membuker kotak yang di ambilnyer tadi dan terdapat 5 bijik kunci untuk 5 buah keter mercedes benz berlainan kelas.

    Alangkah terkejutnyer si bangau biler si tuer menolak hadiah yang sket nyer bernilai tu. Biler di soal oleh si bangau mengaper dier menolak pemberian tu, si tuer menjawab:

    "Giler ko! aku dah ler tak der lesen memandu, dah ler aku ni miskin, maner mampu nak bayor road tax tuk limer-limer buah keter ni ...

  • KISAH NABI MUHAMMAD SAW SEWAKTU MENEMUI AJALNYA.*

    Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah
    Mengingatkan kita dalam Kematian

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
    "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
    "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan

    menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
    membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak
    tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur
    Fatimah

    lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
    menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
    dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
    yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
    Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

    Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
    tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang
    sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah
    dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
    Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
    terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar
    menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
    Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

    "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan
    kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah,
    aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa
    saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
    Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
    urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

    Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
    menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,
    hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat
    pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut
    ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena
    sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini,
    timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan
    Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

    Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, mendekatkan
    telinganya."Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah
    shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis
    mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan
    tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir
    Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku,
    umatku, umatku"

    Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
    mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad
    wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

    Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
    di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
    mengasihmu di akhirat kelakBaca sampai habis dan ambil iktibar?masyarakat
    kita kini klu sebut psl artis semua tau siap dengan terperinci lg tu
    serba-serbinya tp klu tanya psl agama belum tentu lagi tahu ke tidak..

  • PETUA '8P' USTAZAH "CAKAR HARIMAU"

    PETUA '8P' USTAZAH 'CAKAR HARIMAU'
    Apakah 8P itu? Berikut penerangannya:

    P: Puji

    Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu dengan lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

    P: Peluk

    Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu dengan lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

    P: Penghargaan

    Penghargaan melalui amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

    P: Perhatian

    Ini penting kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

    P: Persefahaman

    Pasangan perlu lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

    P: Pergaulan

    Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain dan elakkan daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

    P: Percutian
    Suami & isteri juga perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

    P: Permohonan

    Ini bermakna memohon doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

    Ustazah Siti Nur Bahyah yang telah menulis buku-buku seperti Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda, juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan lagi hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri.

    Ini dengan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama, bagi mengurangkan panas baran suami.

    Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri kepada Allah.

    Ustazah Nur Bahyah selanjutnya berkata, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwanya yang kosong.

    Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

  • Penimbang

    Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.

    Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.

    "Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi" kata perempuan tersebut.

    "Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini... lalu dicatatkan berapa angkanya...
    Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya.
    Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan dengan angka kedua...
    itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut...

    "Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan.

    "Kenapa? tanya petugas kehairanan...

    "Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu.

  • Sekadar berkongsi

    Ujar lelaki, wanita itu lemah
    Ujar wanita, mereka adalah lembut.

    Antara Lemah dan Lembut.....besar perbezaannya.

    Namun ada yang tidak rela mengakuinya.

    Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
    tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa.

    Lalu wanita pun diam.
    Diam seolah-olah menerima...
    Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
    Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja,
    di pejabat ...di rumah sebagai suri.
    Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari hingga jarum jam tegak bertindih jari.

    Lelaki yang mengaku kuat,
    celik mata sarapan sudah terhidang.
    Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang.

    Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak. Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak.

    Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak, menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak.

    Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak.
    Berehat, menonton TV sambil tergelak, dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa, memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju. Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju, menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu.

    Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu.
    Makanan dihidang selepas solat,
    selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji,
    sedang suami tersadar semula seperti tadi.

    Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji,
    dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan.

    Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi, lantang membela nasib wanita.... memberi kesedaran supaya segera bangkit. Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi.
    Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian, menyediakan makanan.
    Jika suami tidak terdaya melakukannya
    Seorang pembantu wajar disediakan
    Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
    Tidak mampu menerima perubahan
    Rela bertahan bagaimana jua
    Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati.

    Dalam diam wanita yang sering dianggap lemah
    meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

  • Surah Al-Ikhlas-Jgn terlepas mengamalkannya..

    ASSALAMUALAIKUM, *
    *LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
    WASSALAM. *
    *KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS *
    *
    "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"
    Tafsirannya:
    Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

    Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
    kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
    **
    Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya waji yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
    Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
    "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. **
    Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
    Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
    Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

    Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
    **
    Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

    Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. **
    Sabda Rasulullah SAW lagi:

    Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
    Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
    Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
    *
    *
    Nota :
    Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
    1) Sedekah/amal jariahnya
    2) Doa anak-anaknya yang soleh
    3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. *

  • 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

    Barisan Pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &
    berkaki.
    keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg
    menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
    berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan
    didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati
    orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan
    yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan
    ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

    Barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
    datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
    hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari
    dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia
    mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih
    tulang rusuk."

    Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia
    berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala
    & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah
    dosa2 itu

    Barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh
    ular serta kala jengking
    "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya
    walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg
    berkemampuan.inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

    Barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar
    dari mulut
    "mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual
    beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh
    datang dari sumber yg halal.

    Barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti
    bangkai
    ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
    ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang
    menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi
    tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga
    adalah neraka

    Barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus
    dari badan
    mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

    Barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah
    & nanah dari mulut mereka
    mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

    Barisan ke-8: diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala
    kebawah & kaki ke atas
    mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di
    neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
    wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara
    mereka"

    Barisan ke-9: diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
    biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
    mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
    sepatutnya

    Barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit
    sopak & dipenuhi kusta
    mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

    Barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang
    seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah
    terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg
    menjijikkan.
    mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

    Barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti
    bulan purnama
    mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara
    dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah
    orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi
    perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia
    dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali
    mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan
    Allah swt."

  • Rahsia solat 5 waktu

    Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. ' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata
    orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' "Sabda Rasullullah saw,

    'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

    Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

    Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
    Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

    Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

    Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

    Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

    Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

    Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

    Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

    Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

    Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
    1) Dibebaskan daripada api neraka.
    2) Dibebaskan dari nifaq.

    "Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

    Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam
    memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' Kata
    orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.

    Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.

    ' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan
    oleh Allah SWT 7 perkara:

    1) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
    2) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
    3) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
    4) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
    5) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
    6) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
    7) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

    Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

    Sabda Rasullullah saw,
    'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

    Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu
    katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

    Peringatan !!!

    "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)

    "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.