Search blog.co.uk

Posts archive for: June, 2007
  • MENCARI TEMAN HIDUP

    Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

    Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

    Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkanya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.

  • Apa yg perlu kita tahu (lelaki shj)

    KAUM lelaki yang ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan mereka dengan kaum wanita patut mengetahui perkara-perkara yang menjadi pantang wanita, antaranya seperti berikut:

    Wanita bingit apabila lelaki...

    Suka menyampuk

    Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

    Memerintah

    Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi...' dan 'tolong buka pintu tu...'.

    Bergurau kasar

    Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'

    Cepat naik berang

    Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

    Cakap besar

    Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

    Suka mengawal

    Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

    Ego sebesar gajah

    Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

    Tidak suka meluah emosi

    Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

    Buat wanita rasa bersalah

    Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

    Lokek beri pujian

    Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

    Pengotor

    Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

    Lupa hari-hari istimewa

    Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dak' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

    Tidak tunjuk rasa kasih

    Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

    Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan.
    hayatilah ini...
    orang mencintai kita....
    1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
    kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
    satu-satunya.

    2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
    perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
    impiannya.

    3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
    dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa
    berat badan kamu sudah bertambah.

    4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
    kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

    5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat
    pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
    lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
    itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda,
    bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

    6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke
    majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
    mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

    7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
    dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
    melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
    saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
    berulang selalu.

    8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
    kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
    mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa
    banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
    kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

    9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
    kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu
    apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
    meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

    10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
    atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
    bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang
    kamu.

    11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan
    bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
    'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

    12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya
    yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
    itu sangat istimewa.

    13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
    bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya
    saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

    14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
    ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

    15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
    memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
    membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
    takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

    16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
    seperti seorang kekasih.

    17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
    seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di
    tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
    memikirkan kamu.

    18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
    melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu
    mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak
    akan melakukannya lagi.

    19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan
    mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
    bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
    mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

    20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
    sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun
    ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
    menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
    menjadi benda-benda berharga buatnya.

    21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
    menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
    walaupun hal itu membunuh hatinya.

    22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
    dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
    orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

    23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
    sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
    tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,
    dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa
    itu cinta.

    [ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika
    ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal
    melakukannya! ]

  • 25 Sebab Suami Marah...

    1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla>bla "

    2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

    3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

    4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah>buat bungkus belacan.."

    5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa>bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan..."

    6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

    7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

    8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

    9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

    10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

    11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

    12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

    13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. "sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul.."

    14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

    15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

    16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila", terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

    17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

    18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

    19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

    20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

    21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

    22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!"

    23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

    24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

    25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

  • Kisah Ju

    My dear diary,

    hari ni Ju (conveyancing clerk-duk bwh meow) x dtg opis coz dia dah letak notis resign 24 jam lepas dapat gaji semalam. weh...sapa yg tahan klau keje asyik cari fail tanpa maklumat yg lengkap. nak-nak lagi fail-fail lama. sian kat dia coz si meow tu tak akan kasi keje lain except dia dapat cari smua fail tu. the prob is klau smua tempat dh cari kecuali tempat si meow tu (coz dia tak kasi usik) kat mana lagi Ju nak cari. Logik le.... yang si anak tenuk @ model tu plak di ajarnya bagai menatang minyak yg penuh, tak pernah disuruh cari fail, takut kena sembur dgn anak tenuk @ model tu le.>:(>:-(

    apa le nak jadi dgn opis ni......:no::crazy::**:

  • Manusia, Malaikat, Syaitan

    Manusia - Eh, dah subuh dah?
    Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
    Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

    Manusia - Nak makan, laparlah
    Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
    Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

    Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
    Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
    Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

    Manusia - Alamak, dah lewat!
    Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
    Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

    Manusia - Azan sudah kedengaran...
    Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
    Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

    Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
    Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
    Maha Melihat
    Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

    Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
    Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
    Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

    Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
    Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
    Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

    Manusia - aku telah berdosa..
    Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu
    dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
    Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

    Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
    Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
    dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
    Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

    Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
    dunia dan akhirat untukmu.
    Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
    kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

  • Marriage Life Before and After !!

    Before marriage.
    Darling here.. Darling there...
    After marriage. Baling here... Baling there..

    Before marriage.
    I die for you. . .
    After marriage."You die, up to you. "
    Lagi lama married.Y
    ou die I help you!

    Before marriage.
    You go anywhere. .
    I follow you.After marriage. .
    You go anywhere. . Up to you .
    Lagi lama married.
    You go anywhere better get lost!!

    Before wedding.
    You are my heart, you are my love
    "After wedding"you get on my nerves. "

    Before wedding
    "you are sweet and kind just like Cinderella"
    After wedding"
    you are worse than godzila"

    Before wedding
    Roses are red, violets are blue.
    Like it or not, I'm stuck with you
    After wedding
    Roses are dead, I am blue.
    You get on my head, I will sue you

    Before wedding
    Every makan he brings you to Shangri-La
    After wedding
    You want to go, he says you wait-la

    Before wedding
    She looks like Anita Sarawak
    After wedding
    Don't know whether katak or biawak

    ;):DD:))

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.