Search blog.co.uk

Posts archive for: July, 2007
  • Madah cinta ::..

    Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
    mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

    Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
    untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
    mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
    menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
    telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
    untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

    Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
    masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
    masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu
    tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
    melupakannya.

    Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
    walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
    masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
    Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
    mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
    yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
    membangunkan kembali kepercayaan.

    Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
    tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
    akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
    pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
    yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
    hayatnya.

    Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
    dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
    yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
    kasih atas kurniaan itu.

    Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
    emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
    penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
    kemarahan menjadi rahmat.

    Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
    mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
    seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
    untuk menyatakan cintamu kepadanya.

    Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
    seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
    sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
    mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
    mawar itu menusuk jari.

    Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
    bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
    untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
    bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

    Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
    kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
    Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
    tanpa berpatah lagi.

    Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
    dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
    perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya
    setulus hati.

    Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
    percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara
    dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
    kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

    Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
    membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi
    kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
    miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut
    oleh para pecinta palsu.
    Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
    tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa
    yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

    Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
    perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
    bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
    kepada Tuhan ertinya Takwa.

    Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam
    laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan
    pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
    roti, pasti ia akan mati kelaparan.

    Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa
    manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan
    cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
    bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

    Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal
    terindah yang pernah dialami

    Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg
    pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh
    di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat
    ditilik melalui hati dan perasaan.

    Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
    membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
    padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
    dasyatnya cinta !

    Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
    cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya
    menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
    hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
    temukan di dalam dirinya.

    Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
    namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua
    tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta
    rasa tanda tanya dihatinya

    Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
    mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
    indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

    Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
    mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
    itulah yang sukar diperoleh.
    Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
    lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

    Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita
    hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah
    jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
    racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

    Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang
    suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
    Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang
    murni, luhur dan diperlukan.

    Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu
    tanpa pertimbangan.

    Ai...jadi minah jiwang lak aku ni kang......:DD

  • Kenali WANGIAN DIRI...

    Aquarius (20 Jan - 17 Fe :

    Seorang yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan, terkenal sebagai seorang yang sering menjadi perintis dalam memulakan sesuatu. Aura yang dibawa oleh individu dalam kumpulan ini adalah sehangat wangian citrus, musk & amber.

    Pieces (18 Feb - 20 Mac) :

    Seorang yang agak pemalu & cega diimbangi dengan sikap yang mudah bergaul & penuh daya tarikan. Pieces merupakan individu yang kreatif, oleh itu aroma hijau tumbuhan seperti geranium & rempah ratus seperti ambery & woody sangat sesuai untuk menjadikan individu ini semakin percaya pada diri.

    Aries (21 Mac - 19 April) :

    Seorang yang energetik, berani & penuh bermatlamat menjadikan individu dalam kumpulan ini selalu ke hadapan dalam semua aspek. Rasa percaya pada diri membuatkan si Aries menyerlah dalam kesegaran aroma kayu & rempahan. Campuran amber sebagai asas wangian pula akan menambahkan kesegaran warga Aries.

    Taurus (20 April - 19 Mei) :

    Terkenal dengan sifat mudah bersimpati & penyabar menjadikan Taurus seorang yang ideal sebagai teman & sahabat dalam semua keadaan. Daya tarikan individu ini akan semakin terserlah dengan calitan wangian dari aroma buah-buahan & haruman mawar.

    Gemini (20 Mei - 20 Jun) :

    Gemini menarik dengan daya pikat & lawak jenaka yang menghiburkan. Rasa ingin tahu yang tinggi membuatkan individu ini sering mengeksplorasi pengalaman baru. Padukan aroma tumbuhan seperti wangian limau & amber akan meningkatkan optimis diri.

    Cancer (21 Jun - 21 Jul) :

    Merupakan seorang yang sentimental, sensitif & pemalu. Haruman dari aroma buah-buahan segar serta musk akan membangkitkan rasa tenang & membuatkan individu ini lebih bersemangat.

    Leo (22 Jul - 22 Ogos) :

    Seorang yang tegas, tetapi penuh dengan kasih sayang & pemaaf. Juga seorang yang kadang-kadang terlalu idealisme sehingga membuatkan dirinya menjadi kurang yakin. Aroma musk & ozon segar banyak memberi ketenangan & menaikkan keyakinan diri si Leo.

    Virgo (23 Ogos - 21 Sept) :

    Individu dalam kumpulan ini bersifat dingin & kembali tenang dalam sekelip mata. Sifat semulajadinya yang kuat bekerja menyebabkan emosinya sensitif & sering terganggu. Sentuhan aroma oriental seperti cendana bersama kesegaran citrus akan meningkatkan semangat & menjernihkan fikiran individu terlibat.

    Libra (22 Sept - 22 Okt) :

    Terkenal sebagai seorang yang seimbang & cekap mengendalikan pelbagai situasi. Individu ini memang seorang yang berjiwa harmoni sesuai dengan wangian citrus. Paduan wangian limau & amber akan memberikan ketenangan & kestabilan pada jiwa yang murung.

    Scorpio (23 Okt - 21 Nov) :

    Memiliki daya intuisi yang tinggi, individu dalam kumpulan ini boleh membaca peribadi seseorang & mudah memahami/mentafsirkan sesuatu. Kombinasi wangian bunga-bungaan segar & musk akan meneutralkan emosi serta fikiran individu di samping mengatasi rasa kemurungan.

    Sagitarius (22 Nov - 20 Dis) :

    Seorang yang berhati kental & suka 'cakap lepas' tetapi yang positifnya individu dalam kumpulan ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka, jujur & kelakar. Aroma citrus & tumbuhan hijau serta woody & amber akan membangkitkan rasa optimis dalam diri.

    Capricon (21 Dis - 19 Jan) :

    Seorang yang tenang & bersifat penyabar. Mempunyai tekad yang kuat & tidak mudah patah semangat untuk Berjaya. Wangian lembut seperti bunga melur, ylang-ylang dapat memberi kesegaran & bauan daripada rempah-ratus akan tingkatkan ghairah individu.

    ;)

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.