Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut.
Antara Lemah dan Lembut.....besar perbezaannya.
Namun ada yang tidak rela mengakuinya.
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa.
Lalu wanita pun diam.
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja,
di pejabat ...di rumah sebagai suri.
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari hingga jarum jam tegak bertindih jari.
Lelaki yang mengaku kuat,
celik mata sarapan sudah terhidang.
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang.
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak. Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak.
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak, menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak.
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak.
Berehat, menonton TV sambil tergelak, dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa, memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju. Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju, menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu.
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu.
Makanan dihidang selepas solat,
selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji,
sedang suami tersadar semula seperti tadi.
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji,
dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan.
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi, lantang membela nasib wanita.... memberi kesedaran supaya segera bangkit. Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi.
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian, menyediakan makanan.
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati.
Dalam diam wanita yang sering dianggap lemah
meneruskan hidup dalam segala kekuatan...
